Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak telah ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Padang Rengas di mana sesi persekolahan berlangsung pada sebelah petang. Pada awal penubuhannya, jumlah pelajar SMK Tun Perak adalah seramai 124 orang iaitu 67 lelaki dan 57 perempuan dari tujuh buah sekolah rendah (Feeder School) dalam Mukim Kampung Buaia iaitu SK Lelaki (SK Tun Dr. Ismail), SK Perempuan, SK Padang Asam, SK Paya Salak, SK Laneh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Gapis dan SRJK (C) Khiu Min. Pada awal tahun 1965, sekolah ini telah memulakan pengajarannya untuk tiga kelas Tingkatan 1 dan satu Kelas Peralihan sahaja. Bagi menampung pertambahan jumlah pelajar, dua blok bangunan dua tingkat dibina pada awal 1966 dan digunakan sepenuhnya pada penggal ketiga persekolahan tahun 1967.
Mula berpindah ke tapak bangunan sekarang pada tahun 1969 dengan nama Sekolah Menengah Tun Perak. Sekolah ini dirasmikan pada 11 Januari 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Hj. Murad b. Yaakob. Kelas Tingkatan 4 (Aliran Sastera) mula diwujudkan pada tahun 1970 dan Tingkatan 5 pada tahun berikutnya. Pada 3 April 1976 sebuah blok bangunan tambahan dua tingkat telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Murad b. Mohd. Nor. Pada tahun 1981, sebuah bangunan satu tingkat telah didirikan.

Pencapaian cemerlang pelajar-pelajar lelaki SMK Tun Perak dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1988 telah melayakkan mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 di SM Clifford, Kuala Kangsar, sementara pelajar-pelajar perempuan pula ke SM Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar.
Pada tahun 1990, sebuah blok bangunan dua tingkat telah didirikan menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Diikuti pada tahun 1997, sebuah lagi bagunan makmal Sains Tulen didirikan dan mula menampung jumlah pelajar pertama Aliran Sains pada awal 1999.
Tahun 2000 merupakan generasi pertama pelajar yang menduduki kertas-kertas peperiksaan Sains Tulen dalam peperiksaan SPM. Pelajar pertama mengambil peperiksaan SRP ialah pada tahun 1968 dan SPM pada tahun 1971. Kini, SMK Tun Perak bukan sahaja mempunyai kelas Aliran Sains Tulen, tetapi juga mempunyai tiga kelas yang mengambil bahasa arab iaitu Tingkatan 1 , Tingkatan 2, dan Tingkatan 3.
Pada tahun 2002 sebuah Makmal Komputer siap dibina. Makmal ini menyediakan kemudahan 40 unit komputer kepada warga sekolah. Satu blok 3 tingkat siap didirikan dan menjadi blok pentadbiran. Blok ini menempatkan Bilik Pengetua, Pejabat Sekolah, Bilik Gerakan, Bilik Guru, Bilik Sumber, Pusat Sumber Jamil Rais, Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan Kelas-kelas Aliran Sains. Pada tahun 2008, sebuah bangunan satu tingkat siap dibina yang akan digunakan untuk matapelajaran MPV.
SMK Tun Perak telah melahirkan ramai tokoh berwibawa baik dikalangan pelajar mahupun guru-guru. Antaranya Yang Berhormat Tuan Hj. Jamal Nasir Hj. Rasdi, Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak (ADUN Kawasan Lubuk Merbau), Yang Berhormat Tuan Hj. Nadzri Hj. Ismail (ADUN Kawasan Manjoi), Dato’ Mohamad Asri, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak, Saudara Shahidan Yusuf (SPR Perak), Jamaliah Abd. Rashid dan Roslan Abu Bakar (Jurutera), Dr. Norasyikin (Doktor), Saudara Abu Hanifah Pandak Yahya ( Tokoh Usahawan), Tuah Haji Zabidi (Bekas Guru: Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia), En. Asmawi b. Hj. Kadir (Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia: Bekas Pengetua) dan ramai lagi.

SMK Tun Perak seperti juga sekolah lain aktif menganjurkan pelbagai program untuk pelajar-pelajarnya. Antara program yang telah berlangsung adalah Pelancaran Hari Kemerdekaan 2011, Majlis Berbuka Puasa 2011 dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2011. Pada 26 Julai 2011 yang lalu, SMK Tun Perak telah menganjurkan Majlis Permuafakatan Bersama Komuniti Setempat yang dihadiri oleh penghulu-penghulu dari kampung sekitar, anggota polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga pemimpin-pemimpin setempat. Tujuan utama diadakan majlis tersebut adalah untuk membentuk satu permuafakatan dalam membantu pihak sekolah membendung masalah disiplin di kalangan pelajar. Permuafakatan itu mengorak langkah lebih serius apabila di dalam perhimpunan mingguan sekolah pada 1 Ogos 2011 lalu telah diadakan slot khas untuk pihak polis dan menjadi harapan pihak sekolah agar program itu berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Bagi aktiviti kokurikulum juga tidak kurang hebatnya. Sekolah ini telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki (NGO) kategori perempuan Peringkat Daerah sebanyak 5 kali iaitu 4 tahun berturut-turut (2006-2009). Pada tahun 2010 , SMK Tun Perak tidak menghantar kontigen untuk mewakili pertandingan ini . Manakala pada tahun 2011 pula , SMK Tun Perak telah merebut sekali lagi gelaran johan bagi peringkat daerah dan naib johan bagi peringkat negeri.