Kami, guru sekolah ini berikrar dan berjanji akan :
- Membimbing dan mendidik pelajar mencapai aras akademik yang terbaik, berketrampilan dan berwawasan menerusi penyediaan prasarana pendidikan dan persekolahan yang mencukupi, sempurna, berkualiti dan selesa.
- Membimbing dan memupuk potensi diri dan bakat pelajar ke arah pembentukan generasi berdikari, teguh jati diri, mencintai sekolah dan berakhlak mulia.
- Berusaha melahirkan suasana kondusif dan harmoni ke arah pembentukan warga sekolah yang berilmu dan berakauntabiliti.
- Berusaha ke arah menjadikan sekolah ini gemilang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
- Sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra-pelanggan, di samping peka dan prihatin kepada teguran dari masa ke masa.