Berita Semasa
Smk Tun Perak telah mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah pada hari ini. ( 2/Mei/2012 )

President Sumber Jamil Rais

Nama                  : Pn. Hjh Rashidah Binti Hussin
Asal                    : Padang Rengas, Perak
Tarikh Lahir     : 03 Januari 1971

Tempoh Berkhidmat
  1. Sekolah Menegah Kebangsaan Tun Perak : Guru Bahasa Melayu dan Guru Pusat Sumber Jamil Rais
    ( 2005 - Sekarang )
Nama Suami      : Haji Abdul Ghani

Anak-anak          : 2 Orang ( 2 lelaki dan seorang perempuan )

Harapan            
 Beliau berharap agar Pusat Sumber Jamil Rais dapat digunakan secara produktif dan   berharap lebih ramai lagi para pelajar pergi ke pusat sumber sekolah

Peraturan-peraturan Khas Pusat Sumber Sekolah

  • Pelajar yang menggunakan PSS hendaklah berpakaian seragam sekolah. (Pakaian rasmi unit unifom atau kelab/persatuan dibenarkanketika di luar waktu persekolahan.
  • Para pelajar dilarang tidur, membuat bising atau melakukan perbuatan yang boleh mengganggu pelajar lain semasa berada di pusat sumber.
  • Para pelajar dilarang mengoyak atau menconteng bahan-bahan di pusat sumber. Para pelajar berkenaan akan dikenakan denda membayar ganti rugi mengikut harga asal buku tersebut.
  • Para pelajar dikehendaki menunjukkan semua buku atau fail kepada pengawas pusat sumber yang bertugas semasa hendak keluar dari pusat sumber.
  • Para pelajar yang didapati cuba membawa keluar bahan-bahan dari pusat sumber tanpa kebenaran pengawas pusat sumber akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
  • Para pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman ke pusat sumber.
  • Para pelajar tidak dibenarkan membawa beg masuk ke pusat sumber.
  • Para pelajar dilarang memasuki kaunter kecuali pengawas pusat sumber.
  • Semua pengguna pusat sumber sekolah mestilah mengemaskan kembali kerusi dan meja yang telah digunakan ke dalam bentuk susunan asal.

Nurshafinaz Ahmad Shukri


Nama Penuh : Nurshafinaz bt Ahmad Shukri
Nama Panggilan : Finaz
Umur : 15 Tahun
Tarikh Lahir : 18 September 1997
Tempat Lahir : Pokok Assam , Taiping , Perak
Pautan :
- Facebook
( https://www.facebook.com/shyapinaz97 )
- Twitter
( http://twitter.com/#!/EhhFynazJela )
- Blog
( http://shyafizuddin97.blogspot.com/ )

Mohd Sidek Fadhil Fauzi

Nama Penuh : Mohd Sidek Fadhil bin Fauzi
Nama Panggilan : Sidek
Umur : 15 Tahun
Tarikh Lahir : 10 September 1997
Tempat Lahir : Hospital Seberang Perai
Pautan :
- Facebook
( https://www.facebook.com/physic97 )
- Blog
( http://cidek-editor.blogspot.com/ )

Profil Sekolah

NAMA SEKOLAH               :  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK,
                                                 33700 PADANG RENGAS, PERAK DARUL RIDZUAN.
KOD SEKOLAH                  :  AEE 4081
GRED                                    :  A
LOKASI                                :  Luar Bandar
SESI PERSEKOLAHAN       :  Pagi
NAMA PENGETUA              :  Tn. Hj. Mohd Zabidi b. Mohd Zain
BIL. GURU                            :  L = 25 orang  P = 55 orang  JUMLAH = 80 orang
BIL. STAF SOKONGAN      :  L = 14 orang  P = 7 orang  JUMLAH = 21 orang
BIL. MURID                          : L = 400 orang  P = 438 orang  JUMLAH = 838 orang
NO. TELEFON                     :  05 7584236
NO. FAKSIMILI                   :  05 7583590

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak telah ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Padang Rengas di mana sesi persekolahan berlangsung pada sebelah petang. Pada awal penubuhannya, jumlah pelajar SMK Tun Perak adalah seramai 124 orang iaitu 67 lelaki dan 57 perempuan dari tujuh buah sekolah rendah (Feeder School) dalam Mukim Kampung Buaia iaitu SK Lelaki (SK Tun Dr. Ismail), SK Perempuan, SK Padang Asam, SK Paya Salak, SK Laneh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Gapis dan SRJK (C) Khiu Min. Pada awal tahun 1965, sekolah ini telah memulakan pengajarannya untuk tiga kelas Tingkatan 1 dan satu Kelas Peralihan sahaja. Bagi menampung pertambahan jumlah pelajar, dua blok bangunan dua tingkat dibina pada awal 1966 dan digunakan sepenuhnya pada penggal ketiga persekolahan tahun 1967. 


Mula berpindah ke tapak bangunan sekarang pada tahun 1969 dengan nama Sekolah Menengah Tun Perak. Sekolah ini dirasmikan pada 11 Januari 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Hj. Murad b. Yaakob. Kelas Tingkatan 4 (Aliran Sastera) mula diwujudkan pada tahun 1970 dan Tingkatan 5 pada tahun berikutnya. Pada 3 April 1976 sebuah blok bangunan tambahan dua tingkat telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Malaysia,  Yang Berbahagia Dato’ Hj. Murad b. Mohd. Nor. Pada tahun 1981, sebuah bangunan satu tingkat telah didirikan.

Pencapaian cemerlang pelajar-pelajar lelaki SMK Tun Perak dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1988 telah melayakkan mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 di SM Clifford, Kuala Kangsar, sementara pelajar-pelajar perempuan pula ke SM Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. 
Pada tahun 1990, sebuah blok bangunan dua tingkat telah didirikan menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Diikuti pada tahun 1997, sebuah lagi bagunan makmal Sains Tulen didirikan dan mula menampung jumlah pelajar pertama Aliran Sains pada awal 1999.


Tahun 2000 merupakan generasi pertama pelajar yang menduduki kertas-kertas peperiksaan Sains Tulen dalam peperiksaan SPM. Pelajar pertama mengambil peperiksaan SRP ialah pada tahun 1968 dan SPM pada tahun 1971. Kini, SMK Tun Perak bukan sahaja mempunyai kelas Aliran Sains Tulen, tetapi juga mempunyai tiga kelas yang mengambil bahasa arab iaitu Tingkatan 1 , Tingkatan 2, dan Tingkatan 3. 
Pada tahun 2002 sebuah Makmal Komputer siap dibina.  Makmal ini menyediakan kemudahan 40 unit komputer kepada warga sekolah. Satu blok 3 tingkat siap didirikan dan menjadi blok pentadbiran.  Blok ini menempatkan Bilik Pengetua, Pejabat Sekolah, Bilik Gerakan, Bilik Guru, Bilik Sumber, Pusat Sumber Jamil Rais, Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan Kelas-kelas Aliran Sains. Pada tahun 2008, sebuah bangunan satu tingkat siap dibina yang akan digunakan untuk matapelajaran MPV. 


SMK Tun Perak telah melahirkan ramai tokoh berwibawa baik dikalangan pelajar mahupun guru-guru. Antaranya Yang Berhormat Tuan Hj. Jamal Nasir Hj. Rasdi, Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak (ADUN Kawasan Lubuk Merbau), Yang Berhormat Tuan Hj. Nadzri Hj. Ismail (ADUN Kawasan Manjoi), Dato’ Mohamad Asri, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak, Saudara Shahidan Yusuf (SPR Perak), Jamaliah Abd. Rashid dan Roslan Abu Bakar (Jurutera), Dr. Norasyikin (Doktor), Saudara Abu Hanifah Pandak Yahya ( Tokoh Usahawan), Tuah Haji Zabidi (Bekas Guru: Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia), En. Asmawi b. Hj. Kadir (Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia: Bekas Pengetua) dan ramai lagi.

SMK Tun Perak seperti juga sekolah lain aktif menganjurkan pelbagai program untuk pelajar-pelajarnya. Antara program yang telah berlangsung adalah Pelancaran Hari Kemerdekaan 2011, Majlis Berbuka Puasa 2011 dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2011. Pada 26 Julai 2011 yang lalu, SMK Tun Perak telah menganjurkan Majlis Permuafakatan Bersama Komuniti Setempat yang dihadiri oleh penghulu-penghulu dari kampung sekitar, anggota polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga pemimpin-pemimpin setempat. Tujuan utama diadakan majlis tersebut adalah untuk membentuk satu permuafakatan dalam membantu pihak sekolah membendung masalah disiplin di kalangan pelajar. Permuafakatan itu mengorak langkah lebih serius apabila di dalam perhimpunan mingguan sekolah pada 1 Ogos 2011 lalu telah diadakan slot khas untuk pihak polis dan menjadi harapan pihak sekolah agar program itu berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. 


Bagi aktiviti kokurikulum juga tidak kurang hebatnya. Sekolah ini telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki (NGO) kategori perempuan Peringkat Daerah sebanyak 5 kali iaitu 4 tahun berturut-turut (2006-2009). Pada tahun 2010 , SMK Tun Perak tidak menghantar kontigen untuk mewakili pertandingan ini . Manakala pada tahun 2011 pula , SMK Tun Perak telah merebut sekali lagi gelaran johan bagi peringkat daerah dan naib johan bagi peringkat negeri.

Lagu Sekolah

SMTP BERJAYA

Maju terus maju
Dengan tekad jaya
Meninggikan cita
Asas utama
Semangat wajar dijaga
Itulah hasrat kita

Mara terus mara
SMPT berjaya
Melahirkan bangsa
Harapan nusa
Belajar usaha jaya 
Untuk kita semua

SMTP berusaha
Meninggi nilai bangsa
Demi untuk berjaya
Mencapai cita egara
(ulang rangkap ke-2)

Falsafah Sekolah

Pendidikan di SMK Tun Perak adalah suatu usaha berterusan untuk memberi ilmu pengetahuan yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini dapat merealisasikan aspirasi negara ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab, berketrampilan dan bersatu padu yang berlandaskan kepada kepercayaan dan tunas-tunas agama.

Bendera Sekolah


Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak hanya mempunyai dua warna. Kedua-dua warna tersebut ialah hijau dan kuning. Bendera ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas berwarna hijau manakala bahagian bawah berwarna kuning.

Warna hijau melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Warna kuning pula melambangkan kedaulatan Paduka Seri Sultan-sultan di dalam negeri Perak darul Ridzuan.

Ukuran bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tun perak ialah 158.75cm x 75 cm.

Misi Sekolah

  •       Memantapkan kepimpinan instruksional dan transformasional dalam organisasi.
  • ·     Menjana warga pendidik yang berketrampilan, berkualiti dan berinovasi.
  • ·     Mengamalkan budaya cinta akan ilmu, berdisiplin dan berhemah tinggi.
  • ·     Membina ketrampilan diri menerusi aktiviti kokurikulum.
  • ·     Membangunkan insan cemerlang melalui pembelajaran dan pengajaran berkesan.
  • ·     Melahirkan sahsiah unggul melalui program pemupukan akhlak berterusan.
  • ·     Memperkasakan pelaksanaan program-program kecemerlangan akademik.
  • ·     Mengembangkan jalinan kerjasama pringkat komuniti setempat, daerah, kebangsaan dan      pengantarabangsaan.

Visi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta perkhidmatan pendidikan menjelang tahun 2015.

Piagam Pelanggan

Kami, guru sekolah ini berikrar dan berjanji akan :
  • Membimbing dan mendidik pelajar mencapai aras akademik yang terbaik, berketrampilan dan berwawasan menerusi penyediaan prasarana pendidikan dan persekolahan yang mencukupi, sempurna, berkualiti dan selesa. 
  • Membimbing dan memupuk potensi diri dan bakat pelajar ke arah pembentukan generasi berdikari, teguh jati diri, mencintai sekolah dan berakhlak mulia. 
  • Berusaha melahirkan suasana kondusif dan harmoni ke arah pembentukan warga sekolah yang berilmu dan berakauntabiliti. 
  • Berusaha ke arah menjadikan sekolah ini gemilang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
  • Sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra-pelanggan, di samping peka dan prihatin kepada teguran dari masa ke masa.

Lencana Sekolah


Dicipta oleh Encik Zainuddin bin Abbas, Cogankata oleh Encik Adam Suhaimi bin Rashid Ali. Kedua-duanya guru yang bertugas di sekolah ini pada tahun 1967.
Mempunyai dua bentuk iaitu bentuk lama diperbuat daripada zink yang digunakan sejak tahun 1967 hingga tahun 1982. Lencana lama yang disertakan ialah khas untuk 'Pengawas' sekolah yang berlatarkan warna merah. Bagi lencana murid biasa bahagian yang bertulis 'Pengawas' ditulis dengan cogankata sekolah iaitu'Belajar Usaha Jaya' dan berlatar belakangkan warna putih.

Bentuk baru yang diperbuat daripada plastik digunakan sejak 1983 yang mempunyai lambang lencana dan tanda nama. Lencana tanda nama ini dibuat dalam 4 warna (merah,biru,kuning dan hijau) yang melambangkan warna rumah sukan.

Bermula dari tahun 1991, lencana sekolah ditukar ke bentuk baru iaitu fabrik.
WARNA LATAR BELAKANG LENCANA


PUTIH
Melambangkan Kedaulatan Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan.

HIJAU
Melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi. Lambang keislaman ini dipilih bukan sahaja sebagai agama rasmi negara.

KUNING
Melambangkan kebesaran Raja-Raja Melayu. Nama Tun Perak diambil sempena nama seorang pahlawan atau Bendahara terkenal dalam Kerajaan Melayu Melaka. Dari sudut sejarah, negeri Perak mempunyai kaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Malah salasilah Kesultanan Perak adalah berasal daripada Kerajaan Melayu Melaka.

KERIS
Melambangkan perjuangan untuk mencapai kejayaan.

IKATAN BULATAN
Melambangkan kesukanan.

BUKU
Melambangkan menuntut ilmu.

LAMPU LILIN
Melambangkan cahaya untuk menyinari kejayaan.

BUNGA PADI
Melambangkan masyarakat setempat kebanyakannya terdiri daripada petani dan peladang.